Bab 2






BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI




2.1       Pengenalan

            Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.  Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.


            Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya.  Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

               Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sesebuah Badan Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP). 





2.2       Latar Belakang





            Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.  PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

            Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kejadian luar jangka bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.  Skim Keilatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.

            Skim Keselamatan Sosial di negara ini sebenarnya bermula sejak tahun 1958 iaitu sejurus selepas Malaya mencapai kemerdekaan.  Pada masa itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan satu kajian mengenai keselamatan sosial. Pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi telah dibentuk untuk mengkaji hasil kajian tersebut.  Kajian oleh A.N. Ambo melalui ILO telah dijadikan asas bagi merangka rang undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja yang seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 1969 dikenali sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.


            Kajian yang dibuat oleh A.N. Ambo telah memberi sumbangan yang besar ke arah menjamin perlindungan keselamatan sosial tenaga kerja yang memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara.  A.N.Ambo adalah merupakan seorang pakar sains sosial dari India, yang menjalankan kajian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ketika itu.



2.2.1 Kronologi Sejarah 45 Tahun PERKESO



Rajah 2.1: Kronologi Sejarah 45 Tahun (PERKESO)



2.2.2 Logo PERKESO

2.2.2.1 Logo PERKESO (Versi Lama)



Rajah 2.2: Logo PERKESO (Versi Lama)


2.2.2.2 Logo PERKESO (Versi Baru)


Rajah 2.3: Logo PERKESO (Versi Baru)



2.2.3 Maklumat Asas



Lokasi

  • Pertubuhan Keselamatan SosialMenara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.


Talian Am
1-300-22-8000
Khidmat Pelanggan
03 - 42567798
Faksimili
perkeso@perkeso.gov.my
Laman Web Rasmi
http://www.perkeso.gov.my/

Jadual 2.1: Maklumat Asas Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)





2.3 Aktiviti Organisasi


         Antara aktiviti-aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Tambahan pula, PERKESO juga mengadakan beberapa program-program yang penting sebagai aktiviti organisasi. Antaranya ialah:-


1) Seminar Perlindungan Keselamatan Sosial
  • PERKESO terus komited dalam meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan program-program perlindungan keselamatan sosial melalui pelbagai aktiviti antaranya adalah Seminar Perlindungan Keselamatan Sosial Kebangsaan dan program publisiti serta promosi hebahan menerusi media massa.


2) Program Promosi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • PERKESO telah memperuntukkan bantuan geran kewangan kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) bagi melaksanakan program serta kursus yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


3) Program Saringan Kesihatan
  • Program ini merupakan langkah awal organisasi dalam menangani masalah penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD) di kalangan pekerja memandangkan kadar, keilatan, morbiditi dan kematian pencarum PERKESO disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit yang meningkat setiap tahun.


4) Rawatan Dialisis
  • Program ini adalah untuk rawatan pemulihan dialisis yang telah diterima dan diluluskan.


5) Program Return To Work
  • Program ini merupakan kemudahan pemulihan fizikal kepada pencarum akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan mental seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal.


6) Pusat Rehabilitasi PERKESO

  • Pusat Rehabilitasi PERKESO telah mendapatkan rawatan pemulihan melalui program rehabilitasi fizikal dan vokasional secara komprehensif bagi mengembalikan semula Orang Berinsurans PERKESO ke alam pekerjaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka.





2.4       Hala Tuju Organisasi


2.4.1    Visi, Misi dan Nilai Korporat

Rajah 2.4: Visi, Misi dan Nilai Korporat




2.4.2    Hala Tuju Strategik Organisasi


        Setelah kewujudan PERKESO lebih daripada 45 tahun sebagai sebuah agensi pelaksana keselamatan sosial negara ini, PERKESO telah berusaha melaksanakan peranannya dengan menyedia pelbagai skim faedah perlindungan yang telah melalui proses transformasi.  PERKESO telah memutuskan Lima Teras Utama untuk dijadikan Teras Strategik Organisasi setelah beberapa mesyuarat diadakan.


Rajah 2.5: Hala Tuju Strategik Organisasi


Rajah 2.6: Penerangan Hala Tuju Strategik Organisasi


2.4.3    Piagam Pelanggan

  • Membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 5 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
  • Membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
  • Membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
  • Membayar Faedah Pencen Ilat kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
  • Membayar Faedah Pencen Penakat kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
  • Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
  • Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kad majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima; dan
  • Mengeluarkan surat akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima. 


2.4.4    Dasar


1) Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mengintegrasikannya di dalam aktiviti harian pengurusan. Pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif akan memastikan budaya kerja yang selamat dan sihat bagi semua anggota, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan PERKESO.

2) Dasar Keselamatan ICT

  • Dasar Keselamatan ICT PERKESO mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi PERKESO. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di PERKESO dan pihak ketiga yang mempunyai keperluan capaian kepada aset ICT mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT PERKESO.

 3) Dasar Kualiti PERKESO

  • PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.





2.5       Carta Organisasi

2.5.1    Carta Organisasi PERKESO



Rajah 2.7: Carta Organisasi PERKESO



2.5.2    Carta Organisasi Bahagian ICT














Rajah 2.8: Carta Organisasi Bahagian ICT


No comments:

Post a Comment