BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1
Pengenalan
Laporan teknikal adalah merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau kerja
yang dipertanggungjawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan di
organisasi. Bab ini menerangkan tentang pembangunan sistem i-Comply,
pembelajaran bahasa pangkalan data baru (MySQLi), pembelajaran perisian baru
(MySQL Workbench) dan mengetahui tatacara penggunaan peralatan di pejabat
secara dengan lebih mendalam.
1) Langkah 1: Klik
pada butang “Next” untuk memulakan proses memuat naik perisian
(MySQL Workbench) pada komputer.
Rajah 4.7: Langkah 1 untuk memuat naik (MySQL Workbench) pada komputer
Rajah 4.1: Gambar
Log-Masuk Sistem i-Comply
4.2.1 Spesifikasi
/ Jenis Perkakasan dan Perisian yang digunakan untuk membangunkan
Sistem i-Comply.
Perkakasan
|
Perisian
|
Komputer
|
Perisian Xampp
|
Perisian Notepad++
|
|
Pelayar Web Google
Chrome
|
Jadual 4.1: Spesifikasi
/ Jenis Perkakasan dan Perisian yang digunakan untuk
membangunkan Sistem
i-Comply
4.2.2 Cara
Pengendalian Semasa Latihan (Membangunkan Sistem i-Comply)
Rajah 4.2: Cara
Pengendalian Semasa Latihan (Membangunkan Sistem i-Comply)
4.2.3 Proses
Kerja yang Dilakukan
- Menghidupkan komputer dan mulakan perisian Xampp.
- Membuka perisian Notepad++ dan mula membuat pengaturcaraan dalam format “.php”.
- Kemudian, buka pelayar web Google Chrome dan menggunakan localhost untuk memaparkan reka bentuk interface daripada hasil pengaturcaraan yang disimpan.
4.2.4 Komen dan
Cadangan
Antara komen dan cadangan dalam pembangunan
sistem i-Comply ialah:-
- Boleh menaik taraf sistem atas talian kepada aplikasi mudah alih.
- Sistem i-Comply ini boleh dinaiktarafkan untuk menjadi aplikasi mudah alih supaya senang untuk pengguna menggunakannya dari telefon bimbit mereka.
4.3 Mempelajari Bahasa
Pangkalan Data (MySQLi)
Rajah 4.3: Logo
Perisian (MySQLi)
4.3.1 Spesifikasi
/ Jenis Perkakasan dan Perisian yang digunakan untuk mempelajari bahasa
pangkalan data (MySQLi).
Perkakasan
|
Perisian
|
Komputer
|
Pelayar Web Google
Chrome
|
Jadual 4.2: Spesifikasi
/ Jenis Perkakasan dan Perisian yang digunakan untuk mempelajari bahasa
pangkalan data (MySQLi)
4.3.2 Cara Pengendalian Semasa Latihan ( Mempelajari
Bahasa Pangkalan Data (MySQLi))
Rajah 4.4: Cara
Pengendalian Semasa Latihan (Mempelajari Bahasa Pangkalan Data (MySQLi))
4.3.3 Proses
Kerja yang Dilakukan
- Menghidupkan komputer dan membuka Pelayar Web Google Chrome .
- Kemudian, cari tutorial berkenaan dengan MySQLi untuk dipelajari dan difahamkan .
- Selepas itu, baca tutorial yang disediakan dan memahamkannya.
- Akhirnya, cuba menggunakan bahasa pangkalan data yang baru dipelajari ini untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
4.3.4 Komen dan
Cadangan
Antara
komen dan cadangan dalam mempelajari bahasa pangkalan data yang baru (MySQLi) ialah:-
- Tiada banyak tutorial berkenaan bahasa pangkalan data (MySQLi).
- Pengguna harus memahamkan tutorial yang ada untuk melaksanakan tugas mereka.
4.4 Mempelajari Perisian
(MySQL Workbench)
Rajah 4.5: Logo Perisian
(MySQL Workbench)
4.4.1 Spesifikasi
/ Jenis Perkakasan dan Perisian yang digunakan untuk mempelajari perisian
(MySQL Workbench).
Perkakasan
|
Perisian
|
Komputer
|
Pelayar Web Google
Chrome
|
Perisian MySQL
Workbench
|
Jadual 4.3: Spesifikasi
/ Jenis Perkakasan dan Perisian yang digunakan untuk mempelajari perisian
(MySQL Workbench)
4.4.2 Cara
Pengendalian Semasa Latihan (Mempelajari Perisian (MySQL Workbench))
Rajah 4.6: Cara
Pengendalian Semasa Latihan (Mempelajari Perisian (MySQL Workbench))
4.4.3 Proses
Kerja yang Dilakukan
- Menghidupkan komputer dan membuka Pelayar Web Google Chrome .
- Kemudian, memuat turun perisian MySQL Workbench dan memuat naikkannya pada komputer.
- Selepas itu, tutorial berkenaan cara penggunaan MySQL Workbench dan memahamkannya sebelum mula digunakan.
4.4.4 Cara memuat
naik (MySQL Workbench) pada komputer
Rajah 4.7: Langkah 1 untuk memuat naik (MySQL Workbench) pada komputer
2) Langkah 2:
Seterusnya, klik pada “Next” untuk terus proses memuat naik perisian (MySQL
Workbench).
Rajah 4.8: Langkah 2 untuk memuat naik (MySQL Workbench) pada komputer
3) Langkah 3: Kemudian pilih “Complete”dan tekan butang
“Next”.
Rajah 4.9: Langkah 3 untuk memuat naik (MySQL Workbench) pada komputer
4) Langkah 4:
Selepas itu, tekan butang “Install” untuk memuat naik perisian (MySQL Workbench).
Rajah 4.10: Langkah 4
untuk memuat naik (MySQL Workbench) pada
komputer
5) Langkah 5: Selepas klik pada butang “Install”, tunggu sehingga proses memuat
naik berjaya dan lengkap.
Rajah 4.11: Langkah 5
untuk memuat naik (MySQL Workbench) pada
komputer
6) Langkah
6: Akhirnya, klik pada butang “Finish” untuk menamatkan proses memuat naik perisian (MySQL Workbench).
Rajah
4.12: Langkah 6 untuk memuat naik (MySQL
Workbench) pada komputer
4.4.5 Komen dan Cadangan
Antara
komen dan cadangan dalam mempelajari perisian baru (MySQLWorkbench) ialah:-
1) Ciri-ciri
perisian MySQL Workbench amat rumit.
- Ciri-ciri perisian MySQL Workbench harus dipelajari dengan lebih teliti untuk memahamkannya.
4.5 Tatacara Penggunaan
Peralatan di Pejabat
Rajah 4.13: Gambar
Telefon di Pejabat PERKESO (Cawangan Teknologi Maklumat (CTM))
- Telefon merupakan antara alat telekomunikasi yang penting dalam sesebuah pejabat. Telefon selalunya digunakan untuk membuat panggilan, menjawab panggilan dan menyambung panggilan di pejabat. Antara prosedur-prosedur mengendalikan panggilan telefon adalah seperti berikut:
i) Prosedur
mengendalikan Panggilan Telefon (Telefonis)
- Mengangkat gagang telefon sebelum 3 deringan dengan mengucap.
- Memperkenalkan diri dan menawarkan bantuan.
- Mendapat dan mengesahkan identiti pemanggil.
- Menanyakan urusan pemanggil.
- Menawarkan bantuan sebelum mengakhiri urusan.
- Memaklumkan urusan seterusnya.
- Mengucapkan terima kasih dengan senyuman setelah memastikan panggilan sedia untuk disambungkan.
ii) Prosedur
mengendalikan Panggilan Telefon (CRM)
- Mengangkat gagang telefon sebelum 3 deringan dengan senyuman.
- Memperkenalkan diri dan menawarkan bantuan.
- Mendapat dan mengesahkan identiti pemanggil.
- Menanyakan tujuan panggilan dibuat.
- Membuat semakan dan memberi penerangan.
- Menawarkan bantuan sebelum mengakhiri panggilan.
- Mengucapkan terima kasih dengan senyuman.
iii) Prosedur
mengendalikan Panggilan Telefon (Talian Terus)
- Mengangkat gagang telefon sebelum 3 deringan dengan mengucap.
- Memperkenalkan diri dan menawarkan bantuan.
- Mendapat dan mengesahkan identiti pemanggil
- Menanyakan tujuan panggilan dibuat.
- Membuat semakan dan memberi penerangan.
- Menawarkan bantuan sebelum mengakhiri panggilan.
- Mengucapkan terima kasih dengan senyuman.
- Sekiranya pemanggil ingin berurusan dengan anggota/jabatan lain
- Menawarkan bantuan sebelum mengakhiri urusan.
- Mengucapkan terima kasih dengan senyuman setelah memastikan panggilan sedia untuk disambungkan.
4.5.2 Mesin
Fotostat
Rajah 4.14: Gambar
Mesin Fotostat di Pejabat PERKESO (Cawangan Teknologi Maklumat (CTM))
- Mesin Fotostat ini digunakan untuk membuat kerja-kerja seperti memfotostat segala jenis surat, memo dan dokumen SOP yang dihantar kepada pihak atasan untuk difailkan.
i) Cara
mengendalikan Mesin Fotostat adalah seperti berikut:
- Nyalakan suis.
- Tekan bilangan helaian yang diperlukan.
- Pilih saiz kertas yang diingini seperti A3, A4, A5 dan sebagainya.
- Kemudian letakkan halaman yang hendak dicetak di atas cermin mesin dan selaraskan pada skil mengikut saiz kertas.
- Sekiranya banyak salinan yang diperlukan, tutupkan cermin mesin tersebut dan letakkan kertas yang hendak dicetak di atas “Trill” dan pilih kesesuaian kertas yang diperlukan serta bilangan.
- Tekan butang “Start” untuk membuat salinan yang dikehendaki.
4.5.3 Mesin
Penghancur Kertas
Rajah 4.15: Gambar
Mesin Penghancur Kertas di Pejabat PERKESO (Cawangan Teknologi Maklumat (CTM))
- Mesin Penghancur Kertas ini berfungsi untuk menjadi pemusnah utama dokumen penting pejabat yang dicetak di atas kertas.
i) Cara
mengendalikan Mesin Penghancur Kertas adalah seperti berikut:
- Hidupkan suis.
- Letakkan kertas sikit demi sikit di atas permukaan mesin yang terbuka.
- Kemudian, kertas akan masuk dengan sendiri dalam mesin dam menghancurkannya.
- Selepas digunakan suis harus dimatikan.
4.6 Kesimpulan
Secara
kesimpulannya, setelah menjalani latihan industri ini, banyak pengalaman baru
yang dapat dilalui dan dipelajari. Secara keseluruhannya, latihan industri ini
memberi banyak kesan dan impak yang positif kepada setiap pelajar. Selain itu, tugas-tugas yang diberi dapat
membina keyakinan diri dan disiplin
seseorang pelajar. Tambahan pula, pelajar juga dapat mempelajari menepati masa,
mentaati arahan pemimpin atau ketua dan menambahkan sifat matang dan
bertanggungjawab berdasarkan tugas yang diarahkan untuk disiapkan.
No comments:
Post a Comment