BAB 6
DAPATAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang yang diceburi dan peranannya dalam masyarakat. Di sepanjang tempoh Latihan Industri, beberapa dapatan dan cadangan dapat dirumuskan bagi kepentingan bersama untuk penambahbaikan organisasi.
6.2 Dapatan & Cadangan Kepada Organisasi
i) Organisasi kurang mengadakan aktiviti riadah selepas waktu bekerja.
- Organisasi perlu adakan lebih banyak aktiviti riadah selepas waktu bekerja kerana ia dapat melegakan dan mengeratkan hubungan antara pekerja.
ii) Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar diberikan elaun RM15 sehari. Pemberian elaun ini baru sahaja berkuat kuasa pada tahun 2012 oleh PERKESO. Dan pelajar hanya boleh menuntut elaun maksimum untuk 3 bulan sahaja. Beberapa dokumen yang hendak diberi untuk menuntut elaun iaitu, salinan kad mencatat waktu, salinan buku bank dan salinan jadual bekerja.
- PERKESO diharap dapat terus memberi elaun kepada pelajar atau menambah amaun elaun kepada RM300 sebulan untuk maksimum tempoh pelajar bekerja di organisasi. Dengan pemberian elaun ini, ia dapat memberi semangat kepada pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri di PERKESO.
No comments:
Post a Comment