BAB 5
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 20 minggu bermula dari 28 November 2016 hingga 14 April 2017, dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang dipelajari secara teori selama ini di politeknik. Melalui latihan ini dapatlah saya merungkaikan beberapa kesimpulan.
Pertama sekali, sepanjang 5 bulan menjalani Latihan Industri di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), saya telah diajar dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang telekomunikasi dan berkaitan dengan pengaturcaraan iaitu kursus yang saya ambil di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Selain itu,banyak juga banyak perkara-perkara yang baru saya pelajari
sepanjang saya menjalani tempoh Latihan Industri ini.
Selain
itu, program Latihan Industri ini sememangnya antara satu program yang amat berguna kepada para pelajar di mana setiap
pelajar dapat merasa dengan alam pekerjaan yang sebenar malahan program ini
juga turut memberikan pengalaman yang berguna untuk membina
ketabahan diri dan jati diri yang teguh dalam menempuhi segala cabaran dan
dugaan yang bakal datang. Namun
sesungguhnya kerjaya ini juga dapat mematangkan para pelajar untuk menempuhi
alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian di politeknik nanti. Walaupun terdapat beberapa tugas yang tidak
berkait rapat dengan bidang yang diambil, tetapi latihan industri tetap juga
dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya ingin juga bersyukur kerana telah
mendapat tunjuk ajar yang sempurna daripada pihak syarikat terutamanya penyelia
serta rakan-rakan sekerja.
Kesimpulannya
yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan kepada pelajar
politeknik ini dapat memberi banyak manfaat, kebaikan dan pengalaman kepada
setiap pelajar seperti saya. Selain
daripada itu, Latihan Industri juga dapat mendorong dan memberi semangat serta
keyakinan untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini iaitu Diploma Teknologi
dan Komunikasi(Pengaturcaraan). Oleh itu
saya bertekad dan akan berazam untuk
terus menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang yang saya
ceburi.
No comments:
Post a Comment